skip to Main Content
Selamat datang ke laman rasmi CS HOLIDAYS SDN BHD | Haji, Umrah & Tiket Penerbangan | Talian Hotline : +603 - 2697 0800

Pakej Haji Bonanza CSHolidays

TERMA & SYARAT CABUTAN BONANZA HAJI CSHOLIDAYS 2019:


  1. Cabutan Bonanza Haji CSHOLIDAYS 2019 adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang telah berdaftar dan tersenarai sebagai Jamaah Haji 2019 Tabung Haji Malaysia serta telah berdaftar dengan mana mana Pakej Haji 2019 CSHOLIDAYS dengan menggunakan Borang Pendaftaran Haji CSHOLIDAYS 2019.
  2. Para peserta yang telah layak juga mesti telah membuat Bayaran Penuh Pakej Haji 2019 CSHOLIDAYS sebelum Tarikh yang ditetapkan dan telah tiba di Tanah Suci Bersama Pakej Haji CSHOLIDAYS pada tahun 2019 ini.
  3. Kakitangan CSHOLIDAYS dan ahli keluarga mereka adalah DILARANG dari menyertai Cabutan Bonanza Haji CSHOLIDAYS 2019.
  4. Hadiah yang telah disediakan bagi Cabutan Bonanza Haji CSHOLIDAYS 2019 adalah seperti berikut:
    • Hadiah Utama : 1 unit Kereta Perodua Axia.
    • Hadiah Kedua : 1 unit Motorsikal Yamaha Y15ZR.
    • Hadiah Ketiga : 1 unit Apple iPhone X.
  5. Keputusan adalah MUKTAMAD dan sebarang surat menyurat dan segala bentuk komunikasi TIDAK akan dilayan. CSHOLIDAYS berhak untuk membatalkan keputusan pemenang yang didapati melanggar syarat-syarat dan terma peraduan tanpa perlu memberi notis kepada mana-mana pihak.
  6. Keputusan Cabutan Bonanza Haji CSHOLIDAYS 2019 akan diumumkan di dalam facebook CSHOLIDAYS.
  7. Penyerahan hadiah Cabutan Bonanza Haji CSHOLIDAYS 2019 akan disempurnakan SEBELUM bulan Disember 2019 berakhir.
  8. Peserta dan/atau waris-warisnya akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang kerugian, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) akibat mengambil bahagian dalam Cabutan Bonanza Haji CSHOLIDAYS 2019 ini, menuntut dan atau menggunakan hadiah peraduan ini dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan CSHOLIDAYS terhadap sebarang liabiliti.
  9. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi, dan/atau sebarang kos, yuran atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai peraduan ini dan/atau menuntut hadiah adalah tanggungjawab peserta sepenuhnya.
  10. Dengan menyertai peraduan ini, peserta memberi kebenaran kepada pihak penganjur untuk menggunakan butir-butir peribadi, nama dan/atau gambar pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan, perdagangan dan/atau publisiti dan peserta tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.
  11. Pihak CSHOLIDAYS berhak menukarkan Hadiah Cabutan Bonanza Haji CSHOLIDAYS 2019 dengan hadiah yang bernilai hampir sama dengan hadiah yang asal.
  12. Hadiah Tidak Boleh ditukarkan kepada Wang Tunai.
  13. Cabutan Bonanza Haji CSHOLIDAYS 2019 ini adalah tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.
Daftar Haji 2020 di CSHolidays sekarang untuk melayakkan anda memenangi hadiah-hadiah istimewa dari kami!

Talian Hotline:
+603 - 2697 0800



Copyright © CS HOLIDAYS SDN BHD. All Rights Reserved. | Haji, Umrah & Tiket Penerbangan. fidodesign.net - Malaysia Freelance Web Designer

Back To Top