CS Holidays Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 26 November 1990 yang dahulunya dikenali sebagai “Cinta Sayang Travel & Tours Sdn Bhd” yang terletak di Melaka. CS Holidays telah berkembang dan berpindah ke Kuala Lumpur. Syarikat kami bermula di Kampung Baru sebelum berpindah ke lokasi sekarang di Bangunan PERKIM Kuala Lumpur pada tahun 2001. Sejak itu, CS Holidays telah menaikkan namanya di peringkat lebih tinggi yang menyediakan perkhidmatan terbaik yang ditawarkan oleh industri.
Sejak Mei 2001, CS Holidays dipelopori oleh Tuan Hj Ashari Mohd Salleh, Pengerusi Eksekutif yang dibantu oleh beberapa pengurus yang lain. Dengan pengalaman dan perkhidmatan mereka yang unik, kini CS Holidays lebih disokong oleh Pemasaran dan Operasi yang berpengalaman.
Pada Disember 2004, kami berbangga untuk mengatakan bahawa kami telah berpindah ke Bangunan Korporat kami sendiri di No. 374A Wisma CS Holidays Jalan Tuanku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur Malaysia.
CS Holidays berhasrat untuk menjadi pengendali Pakej Umrah dan Haji dengan menyediakan kedua-duanya dari segi Harga, Kualiti dan Perkhidmatan. Bagi mencapai hasrat ini, kami telah menubuhkan Konsortium yang bergabung dengan Ejen Pelancongan di seluruh Malaysia. Ini adalah usahasama oleh semua ahli dengan satu tujuan “To Make Umrah Affordable For Everyone”.
Selain daripada Pakej Umrah dan Haji, kami juga mempromosikan Pakej Pelancongan kami yang dikenali sebagai CS Holidays secara agresif mempromosikan Pakej Pelancongan sama ada dari Eropah ke Amerika Syarikat atau dari China ke Australia. Kami sentiasa bersedia untuk melayani anda.